Monday, 23 June 2014

Textile Batik Pelangi

BATIK PELANGI


Sejarah Batik Pelangi

Batik Pelangi merupakan kain warisan yang menjadikan salah satu kemahiran tradisi, Batik Pelangi juga merupakan kain batik yang tertua berada di Malaysia. Batik Pelangi lebih dikenali sebagai seni perhiasan dan juga merupakan salah satu teknik resis batik.

Mengikut sejarah, titik permulaan Batik Pelangi adalah berasal dari India, Jodhpur dengan menggunakan teknik yang di panggil Bandhani pada abad ke-18. Di india, corak kain Bandhani lebih halus dari Batik Pelangi, mereka menjahit teritik sehalus secebik kain untuk membentukan corak di kain. Batik Pelangi mula di sebarkan pada abad 18 dan diusahakan oleh orang Kelantan dan Terengganu yang telah berhijrah ke Indonesia untuk mendapatkan ilmu seni Batik Pelangi yang dikenali sebagai Batik Jemputan di sana. Perbezaan Batik Pelangi dan Batik Jemputan adalah dari segi jarak coraknya antara satu sama lain dan Batik Jemputan mempunyai renda di sekeliling kain tersebut manakala Batik Pelangi tiada renda.

Batik Pelangi merupakan salah satu teknik resis yang tidak menggunakan lilin tetapi benang atau tali yang di jahit atau ikat pada kain dengan kemas pada corak kain untuk menghalang daripada warna. Batik Pelangi diusahakan oleh Minah Pelangi dari Terengganu dan Haji Che Su dari Kelantan. Minah Pelangi merupakan salah seorang tukang tenun istana. Dia telah menghasilkan kain yang berwarna-warni dengan menggunakan teknik ikat celup yang kemudiannya dikenali sebagai teknik pelangi. Haji Che Su pula, memulakan perusahaan Batik dikawasan Lorong GajahMati di KotaBharu Kelantan padatahun 1911. Pada ketika itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup.
  Batik Pelangi  dikenali sebagai ‘ikat celup’ pada awal permulaan batik pelangi tersebar di Malaysia. Apabila pengusaha Batik Pelangi berhijrah ke Indonesia untuk mendalami ilmu batik, Batik Pelangi mula di usahakan dengan menggunakan dua teknik iaitu teritik dan ikat celup. Batik Pelangi dikenali dengan warnanya yang pelbagai dengan menggunakan alam sekitar sebagai sumber warna pada awal permulaan batik pelangi disebarkan. Kemudian baru menggunakan warna sintetik seperti napthol. Pada awal permulaan Batik Pelangi tersebar di Malaysia, warna Batik Pelangi ketika itu hanyalah berwarna hitam dan biru. Kemudiannya warna lain mula dihasilkan(merah, kuning, biru)

Pada Peredaran masa kini, Batik Pelangi di Malaysia tidak lagi di usahakan namun tekniknya masih lagi di gunakan. Bandhani masih lagi di usahakan secara besar-besaran di India, Jaipur dan Ranjasthan dan di Indonesia Palembang kerana di India Bandhani merupakan kain utama digunakan untuk membuat sari dan selendang di sana manakala di Indonesia, rakyat sehingga kini masih lagi memakai batik walaupun peredaran zaman sudah maju.







Gambar-Gambar Batik Pelangi







Warna-Warna Batik Pelangi


Pada awal permulaan Batik Pelangi diusahakan, warna-warna  yang digunakan adalah terhad seperti hitam
dan biru yang di perolehi dari pokok Indigofera yang menghasilkan warna biru. Kemudian selepas Batik 
Pelangi diusahakan dengan menggunakan sumber alam untuk menyerikan lagi kain. 

Antara warna-warna dye terawal dihasilkan adalah warna dari rebusan kulit buah-buahan, daun-daunan 
dan akar kayu. Sekarang warna alam dan warna sintetik remazol digunakan untuk membuat batik. Berikut 
adalah contoh antara warna-warna alam yang di hasilkan dahulu dan kini.


Warna-warni asli yang terdapat dahulu dan kini:

1.Brazilwood ( variasi merah)
2.kunyit, pomegranate (kuning)
3.kulit manggis, indigo, orseille ( warna ungu
4.biru, biru gelap)
5.logwood, akar madder ( coklat, merah, ungu)
6.biji asam jawa yang di campur kanji dan warna hasil daripada akar madder di campur dengan inai,
gambe, kulit bawang dan safflower.


Brazilwood




Merupakan hati pokok spesis pokok Caesalpinia. Pokok ini menghasilkan warna skema merah jambu ke
merah tua. Ia berasal dari Brazil dan merupakan pokok yang  hampir pupus berbanding pokok Asian
Brazilwood. Pokok Brazilwood dan pokok Logwood adalah tumbuhan dalam golongan spesis pokok yang
sama. Jika warna ini di dedahkan pada lampu yang terang warnanya akan bertukar kepada merah coklat.

contoh hasil warna atas kain

contoh hasil warna atas benang


Akar Madder



Pokok Madder berasal dari golongan Pokok Rubiasceae. Pokok Kopi juga berada di bawah gonlongan 
yang sama. Akar Pokok Madder menghasilkan warna dye yang paling cepat menyerap. Warna yang 
dihasilkan adalah dalambentuk pelbagai variasi warna merah, termasuklah warna jingga merah, merah bata, 
merah darah, merah pekat.Warna yang dihasil bergantung pada tanah yang digunakan untuk menanam
pokok, jenis mineral, suhuperiuk ketika merebus akar tersebut, dan kuantiti akar digunakan. Akar pokok 
madder, boleh di bancuh dengan menggunakan air sejuk ataupun air panas. ketika warna dibancuhkan, 
masukkan kalsium karbonatdan elakkan suhu tinggi ketika merebus untuk mendapatkan warna merah yang 
cantik.

hasil warna atas kain

hasil warna atas fiber


Kunyit





Kunyit adaclah dalam golongan tumbuhan akar yang sama dengan halia. Akar Kunyit menghasilkan warna
dye kuning terang dan boleh juga mendapatkan kuning jingga.Warna kuning dari akar kunyit menyerap 
pada kain dengan cepat. merupakan sumber warna kuning yang paling lama digunakan.

hasil warna atas kain

hasil warna atas fiber


Buah Delima


Buah delima menghasilkan warna kuning yang variasi dan juga coklat.Warnanya boleh di hasilkan dengan
mengunakan buahnya mahupun bunga pokok delima.Buah delima perlu di potong dahulu dan rendam
dalam air untuk melembutkan kulit buah sebelum di tumbuk dan di rebus untuk menghasilkan warna.



hasil warna pada atas kain

hasil warna pada atas fiber


Indigo



Berasal dari  india sewaktu tamadun Harappan (3300-1300BC) dan nama pokok ini adalah pokok 
Indigofera Tinctoria.Di utara Gujarat, indigo yang dihasilkan adalah dalam potongan kek untuk pedagang
India mendagang warna Indigo ke Eropah, Roman dan Greek(300BC- 400AD) dalam bentuk blok.
Rakyat Greek memanggil Indigo ‘indikon’ yg bermaksud produk India.‘nili’ digunakan oleh orang Arab 
dari perkataan sanskrit yang bermaksud biru tua ‘al-nil’. Indigo dikenali sebagai ‘Gold Blue’ kerana 
mutunya yang tinggi dan warnanya yang kekal lama.

hasil warna atas fiber

hasil warna atas kain


warna indigo dalam bentuk blok


warna indigo dalam bertuk cecair

indigo yang dikeringkan dan di potong dalam bentuk kek untuk pedagang dibawa untuk berdagang

ketika sudah dibungkus


Orseille



Orseille adalah sejenis tumbuhan fungus yang terdapat di negara-negara mediterrean. Kebiasaan fungus
terdapat pada laut dalam bentuk alga, namun ada kalanya di jumpai pada padang pasiratau di celah batu 
dalam keadaan kering. tumbuhan ini menghasilkan variasi warna ungu.


hasil warna atas fiber

hasil warna atas kain


Longwood




Didapati di selatan Mexico dan Utara Amerika. Longwood merupakan bahan pewarna kain yang penting
pada abad di Amerika dan Mexico pada abad ke 17-18. Daun pokok longwood menghasilkan warna
merah dan biru bergantung pada kuantiti campuran bahan untuk menghasilkan warna.

variasi warna biru yang di hasilkan oleh dau longwood ke atas fiber dan kain

variasi warna biru dan merah yang di hasilkan oleh dau longwood ke atas kain

Teknik-teknik Batik Pelangi

teknik teritik






Tekni-teknik diatas merupakan teknik yang berasal dari Indonesia. Teknik ini adalah teknik jahitan yang
digunakan untuk membuat Batik Pelangi. Teknik ini dipanggil teritik. Jahitan teritik di jahit jelujur dan 
kemudian di tarik rapat-rapat dan di jadikan satu gumpalan. Ia adalah salah satu teknik yang utama dan 
penting dalam proses pembuatan Batik Pelangi.

proses teknik teritik dihasilkan




Teknik Ikat Celup


Teknik batik ikat celup adalah teknik kedua yg digunakan dalam proses pembuatan Batik pelangi. Teknik
ini ikat celup adalah teknik mengikat kain dengan benang, tali atau apa-apa bahan yang boleh digunakan 
untuk mengikatkan bagi menghalang sebahagian kain di serap warna.Teknik ikat celup ini perlu di ikat
kemas-kemas untuk mendapat corak yang menarik.

Proses Teknik Ikat Celup Dihasilkan




Pemakaian dan Produk


Kain Batik Pelangi ini pernah di pakai oleh kaum wanita zaman dahulu tetapi telah lenyap setelah 
tercetusnya perang dunia kedua. Pada zaman dulu kain ini digunakan sebagai kain sarung atau kain tutup
dada (kemban) dan selendang wanita serta inang pengasuh di istana. Bagi kaum lelaki kain batik pelangi 
digunakan untuk di ikat di pinggang.

Kain batik yang di pakai oleh perempuan patani. kain batik ini mempunyai teknik teritik dan ikat celup. Artifak dari Muzium Tekstil

Kain batik yang di pakai oleh lelaki patani. kain batik ini mempunyai teknik teritik dan ikat celup. Artifak dari Muzium Tekstil

batik silk dari Bali. artifak dari Museum Cooper Union

Susun Atur Dan Corak Batik Pelangi


Susun atur kain batik pelangi adalah terikat, sistematik kemas dan seimbang. Disebabkan itu kain pelangi
turut juga di kategorikan sebagai batik walaupun proses pengeluarannya tidak mengunakan lilin. Kain Batik 
Pelangi juga mempunyai kesamaan dengan kain tekstil India dari segi susun atur dan element rekaan 
corak pada kain batik. Kebanyakkan menggunakan motif abstrak dan pelbagai warna. Kain pelangi 
mempunyai ragam bentuk geometrik seperti bintang, bulat, segitiga dan empat segi yang di olah dengan
unsur tumbuhan dan kerawang. Corak batik pelangi terbahagi kepada dua iaitu kosmos dan flora.

Keistimewaan Batik Pelangi



Merupakan warisan negara, tekstil lama. Ia juga merupakan kain yang menjadikan idola kepada semua 
pengusaha batik untuk menkarya batik yang lebih baik atau menkarya teknik kain batik yang baru.
Tekniknya masih boleh digunakan walaupun peredaran zaman berubah.Walaupun kain batik pelangi 
merupakan teknik resis dimana ia tidak menggunakan lilin sebagai agen penghalang warna-warna daripada 
bercampur, ia tetap di ketegorikan sebagai batik kerana susun atur rekaan corak adalah sama seperti batik.

Batik Pelangi Di Negara Lain

Seperti yang di ketehaui pada awal sejarah Batik Pelangi, terdapat Batik Pelangi lain yang dihasilkan oleh 
negara lain dan di namai dengan namanya yang tersendiri.



Bandhani dari India


Batik Jemputan dari Indonesia


Batik Pelangi dari Malaysia













1 comment:

  1. Is merit casino scam - XN Online
    Is merit casino scam or a fraud? It depends on the country you are in. หาเงินออนไลน์ All countries do not accept cryptocurrency. 인카지노 Is merit casino scam or 메리트카지노총판 a fraud?

    ReplyDelete